KENALI GOODBYE PORNOGRAPHY

Picture1KERTA KERJA PROPOSAL GP latest julai 2017

==============
PENGENALAN
==============

Goodbye Pornography merupakan satu program kelangsungan atau program susulan selepas saya menjadi moderator Seminar Lindungi Diri & Keluarga = Pedofilia, Pornogragrafi dan Jenayah Seksual Kanak kanak yang berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel dihadapan DYMM RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SYAH, Permaisuri Johor.

Selepas Seminar ini, saya telah mendapat jemputan untuk mengadakan Program kesedaran ini di sekolah sekolah. Sebelum ini saya hanya membawa Modul Meniti Usia Baligh. Namun Goodbye Pornography lebih berfokus kepada masalah yang kian menjadi barah kepada masyarakat.

===============================
SASARAN GOODBYE PORNOGRAPHY
===============================

Sasaran Goodbye Pornography pada awalnya menyasarkan pada Sekolah sekolah menengah dan IPTA atau IPTS. Namun setelah mendapat pelbagai jemputan dari sekolah rendah, menengah dan PIBG sekolah maka Goodbye Pornography telah menyasarkan beberapa sasaran ;

1. Sekolah rendah = 10 hingga 12 tahun

2. Sekolah menengah = 13 – 18 tahun

3. Mahasiswa dan mahasiswi IPTA IPTS dan KOLEJ

4. Masyarakat umum ; ibu bapa, agensi swasta dan agensi kerajaan

Ada yang bertanya

“Boleh ke Goodbye pornography dilaksanakan di sekolah rendah ? ”

Boleh, tajuk yang tetap sama cuma pendekatan, laras bahasa dan pendekatan yang berbeza. Maka Goodbye Pornography wajar diadakan di sekolah sekolah dan dalam masyarakat bagi menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini.

==============================================
BAGAIMANA GOODBYE PORNOGRAPHY DI SAMPAIKAN
==============================================

Modul Goodbye Pornography yang dikongsikan oleh Jurulatih, merupakan pendekatan yang santai agar pendengar selesa dan menjadi sistem pengajaran & pembelajaran yang mudah difahami. Ini kerana, Jurulatih akan berkongsi daripada perspektif para pendengar dan berkongsi pengalaman bagaimana beliau menangani ke atas diri sendiri dan kalangan remaja, belia & masyarakat.

Teknik penyampaian yang akan dikongsikan sangat senang, santai, dan mudah difahami.

Slot Goodbye Pornography merupakan penyampaian bual santai yang bertenaga tinggi dalam suasana yang seronok agar pendengar tidak rasa terkongkong.

Antara Pendekatan yang dilaksanakan

1. Ceramah
2. Aktiviti LDK (ringkas)
3. Soal jawab

Bagi kes kes yang berat, penyampai akan meminta kebenaran guru kaunseling untuk mengguna bilik kaunseling bagi mendengar segala curahan hati penagih pornography, pemangsa seksual atau mangsa jenayah seksual.

Setelah itu kes itu akan diserahkan kepada kaunseling, dan saya akan cuba ikuti susulannya.

===============================
HARAPAN GOODBYE PORNOGRAPHY
===============================

Isu pornografi tidak seperti isu rokok dan dadah. isu rokok dan dadah Nampak zahirnya. Namun tidak virus pornografi.
Pornografi meracuni pemikiran manusia tanpa disedari.

Modus operandinya sangat halus dan terancang.
Goodbye Pornography mengajak semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang pemikiran, politik, bangsa dan masyarakat agar menggembleng tenaga menyebarkan kesedaran ini dari akar umbi.

Mari banteras Virus pornografi bersama-sama

ANDA YAKIN KELUARGA ANDA TERSELAMAT DARI PORNO ?

Saya hanya membantu guru kaunseling utk menyampaikan kesedaran kepada penagih pornography.

Sekiranya di luar sana terdapat guru guru, mahukan pengisian GOODBYE PORNOGRAPHY bagi menjalankan sebarang kempen, boleh lah tinggalkan no Phone atau berikan email untuk diberikan proposal

Sila tinggalkan di ruang komen.
.
.
Ayuh bersama Goodbye Pornography
Caranya
1. Folo insta cikgufadhli
2. Like fb page Mualim Mohd Fadhli
3. Dapatkan maklumat
4. Tularkan
#goodbyepornography
#mothersagainstpornography

Advertisements

ZERO PORN Tajuk 1 : Perubahan ke Arah Positif

Sepanjang isu ketagihan bahan Pornografi atau Video lucah ramai netizen di luar sana mahukan tips dan langkah untuk melakukan perubahan. Mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang haram dan salah.

Namun, mereka sukar mencari jalan keluar. Sedangkan begitu banyak jalan keluar yang ada, tetapi mereka masih berada dalam kancah keinginan untuk menonton PORN.

Rentetan dari itu, majoriti mereka yang ketagih video PORN akan melakukan onani ( melancap) sehingga sehari lebih dari 10 kali. Akhirnya menjadi satu kebiasaan dan habit dalam kehidupan.

Saya nak bawa satu solusi. Yang mana solusi ini amat mudah. Setiap dari kita mahukan perubahan agar dapat keluar dari penjara ini. Keinginan, kemahuan atau keazaman inilah yang dinamakan sebagai NIAT.

Rasulullah s.a.w bersabda,
” Sesungguhnya amal perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan seseorang itu mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan” [riwayat bukhari dan muslim]

Sesuatu amalan kebaikan yang diniatkan kerana Allah akan dibalas dengan ganjaran pahala. Mereka yang ketagihan PORN, saya yakin mahu keluar dari kancah ini. Maka ini sesuatu yang baik. Jelas di sini NIAT utk berubah merupakan satu amalan kebaikan.

Wow ! NIAT nak berubah dah dapat PAHALA !
Apatah lagi jika terus berubah meninggalkan pekerjaan buruk ini.

Sebuah Hadith Qudsi, Allah S.W.T merakamkan;

” Jika hambaKu berniat untuk melakukan KEBURUKAN, jangan ditulis kesalahan itu sehingga dia benar benar melakukannya. Jika dia melakukannya, maka tulislah sesuai dengan perbuatannya itu.

Jika dia meninggalkan keburukan itu keranaKu, maka tulislah ia satu KEBAIKAN.

Jika hambaKu ingin melakukan KEBAIKAN namun dia tidak melakukannya, maka tulislah baginya satu KEBAIKAN.

Jika dia melakukannya, maka tulislah baginya 10 kebaikan hingga 700 kali KEBAIKAN ”
[Riwayat bukhari]

Jelas di sini Allah akan tangguhkan segala niat keburukan kita sehinggalah kita melakukannya barulah dicatat amal keburukan itu.

Tetapi, dengan hanya NIAT untuk buat baik sahaja Allah kurniakan ganjaran pahala pada kita. Itu belum lagi jika laksanakan.

Oleh itu, jom laksanakan apa yang telah anda niatkan. 10 kebaikan hingga 700 kali kebaikan akan anda perolehi. Begitu Kasihnya Allah pada kita.

Apa tunggu lagi Jom berubah dan buat Baik

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography
#berubahitumudah

Cerita Korea Penyumbang PORNOGRAFI terbesar ! (VIRALkan)

Awalan PORNOGRAFI adalah dari filem KOREA ! Pasti ada yang memarahi saya dan tidak menyukai. Mungkin ada diluar sana akan memperkecilkan tulisan ini dan ada juga yang akan mengata :

” Ala….cerita melayu, hidustan pun ada PORNOGRAFI kenapa korea jer yang kene ?”

Benar, cerita melayu, hindustan, indonesia majoriti tema cinta akan ada unsur pornografi. tetapi khas cerita cerita Korea. Cerita korea telah menjadi trending dikalangan remaja dari umur 9 tahun hungga 17 tahun.

Hari ini menjadi kegilaan generasi muda terutama se awal sekolah rendah menggilai drama atau filem Korea. Dari pakaian sehinggalah bahasa semuanya ditiru. Gambar gambar idola disimpan kemas, tampal dlam bilik atau buku buku diari peribadi. Kegilaan mereka sanggup ahaja meniru hingga sanggup menghabiskan wang ringgit.

Tidak cukup dengan itu, generasi muda hari ini sanggup meluangkan masa untuk menghadiri ke konsert konsert artis korea mereka di mana sahaja tour konsert diadakan. begitu dijulang artis korea dipandangan mata generasi muda.

Melalui filem, sepanjang dapatan kajian lapangan saya secara lisan, majoriti murid murid sekolah rendah mendapat pendedahan awalan pornografi melalui cerita atau drama korea. Mereka semakin hari semakin selesa dengan apa yang mereka tonton.

21106455_1474057919316247_8458821591590525102_n

============================
Kesan cerita Korea & PORNOGRAFI
============================

Apabila remaja atau kanak kanak seawal 9 tahun telah menonton cerita cerita korea atau cerita yang mempunyai unsur PORN, lama kelamaan mereka akan menjadi selesa dan rasa normal apa yang mereka tonton. Setiap adegan yang dipertontonkan akan dianggap biasa.

Tipulah jika saya katakan dalam cerita cerita Korea tiada adegan cium atau berpelukan di atas kamar seperti dibawah. Paling ringan pun adegan cium dengan penuh ghairah akan diperlihatkan kepada penonton.

Bermula dengan ciuman, individu tadi akan timbul perasaan ingin tahu yang tinggi. Setelah adegan cium menjadi satu perkara normal, mereka akan cuba ‘explore’ adegan adegan yang lebih dari itu. Di sinilah bermulanya seseorang itu masuk ke dalam relung ketagihan Pornografi.

bukan itu sahaja, bagi remaja seawal 9 tahun tadi akan mula meniru aksi ini di sekolah. Mereka akan lakukan dengan rakan rakan sebaya. Tidak mustahil bagi mereka dan meningkat dewasa terutama di sekolah menengah akan memperlakukan kepada pasangan ‘haram’ mereka. Maka bermulalah episod baru.

Sepanjang pengalaman saya dalam memerangi gejala pornografi ini, saya dapati kebanyakkan pelajar sekolah menengah baik aliran perdana atau agama akan bertingkah sumbang di kawasan sekolah. Ada di antara mereka sanggup datang awal ke sekolah demi untuk ‘check in’ di bawah tangga atau dalam tandas untuk buat ‘projek’ bersama pasangan.

Jelas, drama korea ini jika tidak dibendung akan mendatang masalah yang amat serius. Untuk menapis dan mengahalang kemasukkan cerita cerita Korea ini sememangnya kita tidak mampu. Lambakan dari VCD, Tv dan paling mudah di internet menyebabkan remaja dan generasi kini terdedah dengan unsur PORNOGRAFI dengan begitu mudah.

===================
Langkah Untuk TANGANI
===================

Hanya dengan kesedaran dan pendidikan sahaja dapat kita halang. Kesedaran demi kesedaran tanpa jemu hendaklah dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu ini. Pengawasan penggunaan internet, peranti dan smartphone hendaklah diselia dengan baik oleh ibu bapa di rumah lagi.

Institusi pendidikan, terdiri dari guru guru baik swasta atau kerajaan pula hendaklah tidak jemu jemu menganjurkan program program kesedaran tanpa berkira kira dalam soal budget atau dana. Demi pembangunan sahsiah generasi kini.

Paling penting, industri filem negara, bahagian penapisan filem hendaklah menyemarakkan kempen ini. Kurangkanlah adegan adegan PORNOGRAFI dalam cerita atau filem filem anda. Usah memikirkan hanya mengaut keuntungan namun keruntuhan sahsiah rakyat Malaysia diabaikan. Medium tv, cerita dan perfileman merupakan impak yang kuat dalam menyebarkan isu kesedaran ini.

Boikot cerita KOREA !
Boikot cerita yang ada PORNOGRAFI !

Kami dari MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY berkomitmen tinggi dalam bekerjasama dengan mana mana pihak dan agensi demi membanteras virus PORNOGRAFI dikalangan masyarakat Malaysia.

Modul GOODBYE PORNORAPHY sendiri, kini menjadi salah satu elemen penting dalam menyampaikan kesedaran kepada generasi muda, ibu bapa dan masyarakat Malaysia.

Ayuh, kita berganding bahu bersama sama memerangi virus PORNOGRAFI

Saya fikir
Saya Tulis

Anda LIKE
Anda SHARE

VIRALkan………

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography

Melepaskan Masyarakat daripada masalah Pornografi

Cerita 1
××××××

Sepanjang minggu ni terdapat 2 mesej mengenai masalah jenayah seksual dan pornografi diceritakan kepada saya. Setiap kali sharing ini berlaku pasti saya akan meminta kebenaran pada pengadu untuk berkongsi di fb saya.

Saya juga akan kongsikan pada ahli keluarga setiap tulisan yang saya coretkan agar dapat berhati hati dan memberi input kesedaran atas isu yang semakin parah ini.

Tiba tiba ! Emak saya balas di whats app

” tiap tiap hari cerita jenayah seksual rogol rogol rogol, nanti orang panggil awak ustaz citer rogol batu tahu ”

Saya hanya jawab.

” x pe mak, ini semua adalah story untuk berikan kesedaran pada masyarakat. Kalo kempen rokok boleh gila gila promosi, kenapa tidak isu porno dan jenayah seksual ini ? ”

Cerita 2
×××××××

Hari ini saya ke Pejabat Qadhi Daerah. Saya berurusan dengan seorang ustazah. Lantas ustazah itu bertanya,

” ustaz, bagaimana program kesedaran ustaz ? Modul ini sesuai dengan audience dan apa isi kandungannya ? ”

Saya jawab..

” baik, program Goodbye Pornography berjalan dengan lancar. Sebenarnya modul ini sesuai utk semua peringkat umur dan kandungannya berkisar mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang isu virus Pornografi dan kesannya ”

” Wah, bagus ni ! Jarang tajuk tajuk ini ada. Sesuai untuk budak sekolah dan semua lapisan. Sekarang pun masalah ini semakin berleluasa ” kata ustazah tu

Sampuk saya…

” masalah pornografi banyak berlaku di sekolah2 agama dan mereka yang berstatus ustaz dan imam ”

Terkedu sebentar ustazah tersebut.

Inilah saya, bersama Modul Goodbye Pornography tidak lain tidak bukan ingin memberi kesedaran atas isu yang sedang hangat diperkatakan.

Ada di antara audience saya ialah seorang penagih video lucah, pelaku sumbang mahram, pelaku zina dll. Kebanyakkan mereka ingin keluar dari relung kotor ini. Tetapi tidak tahu dan jumpa jalannya.

Goodbye Pornography memberi pendedahan adakah diri sendiri telah ada ciri ciri ketagihan . Pendedahan yang diberi sedikit sebanyak untuk kesedaran pada masyarakat. Selepas fasa ini pembaikan dan pemulihan pula akan membantu mereka yang ketagih

Inilah saya, mengeluarkan seseorang yang ketagih ke satu alam yang bersih, realiti dan bertuhan. Teringat saya pada satu hadis riwayat Muslim, no 38;

“Sesiapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan kiamat. Sesiapa yang mempermudah bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudah baginya di dunia dan di akhirat”

Atas kerana ini, saya maklum masalah pornografi sememangnya merantai pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Namun ayuh kita berganding bahu.

Maka saya bersedia, ke mana mana sekolah, agensi dan ipt bagi menceritakan kesedaran kalangan masyarakat.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography

Bapa mertuaku Pedofilia (Viralkan) sebagai kesedaran

Bapa mertua saya pernah melakukan perkara (sexsual harassment) pada saya 7 tahun dahulu.. pada mak saya 5 tahun dahulu, makcik saya 5 tahun dahulu…

Kami diam kan sahaja utk jaga hubungan keluarga.. saya trauma selama bertahun2 hingga lah dia ke Mekah…saya anggap dia sudah bertaubat…tetapi 3 minggu lepas, dia telah membuat perkara yg tidak baik kepada anak perempuan saya 8 tahun..

Dia mencium mulut dan memasukkan lidah nya di dlm nya anak saya..anak saya bercerita pada saya secara tidak sengaja..Allah juga yg membuka jalan nya..hingga terbuka rahsia perangai mertua saya itu.

Pada mak saya (besan, mak kepada si pengadu).. dia pernah himpit belakang dan gosokkan kemaluan nya di belakang mak saya masa mak saya sedang berdiri..tiada org lain waktu itu…kami di dlm bilik..mak saya dtg melawat.. ayah saya tiada.

Saya tidak tahu sehingga lah saya mengadu pada mak saya bila bapa mertua saya memeluk dan mencium saya bertubi2 di rumah saya..dia dtg masa suami saya kerja..makcik saya juga mengadu di raba belakang dan tali bra..

saya banyak kali di raba dia rumah mertua..jika saya basuh pinggang seorang..dia akan dtg raba dan picit2 bahu…

saya ada ckp pada suami…tapi suami macam tak buat apa2..lama saya trauma.. asyik takut nak balik..saya sentiasa bertudung dlm rumah mertua..saya tak boleh nak bersalam pun dgn dia..lepas insiden tu…

saya rasa lega sikit bila dia pergi mekah..igt dah berubah.. dia dah tak usik saya.. tapi rupanya dia buat pada anak kecik saya…anak saya memang cantik en Fadhli..kami kacuk siam pakistan… anak saya pun pakai elok2 di rumah tu..

Yg kami perasan..bila saya masukkan gambar dlm WA family..bapa metua saya akan komen anak saya cantik, dah dewasa, comel… dia tidak pernah komen org lain…

bila saya fikir2 balik..sebelum ni..memang bapak mertua saya ni grooming anak saya..dia asyik tarik peluk dan cium muka ..depan kami..sekali cium…bila belakang..aisyah cerita bertubi2.. nak rebah rasa bila tahu.

1548

Persoalan nya..

saya telah beritahu bapa mertua saya yg anak saya beritahu apa dia buat…dan minta dia berhenti …tetapi…bapa mertua saya tidak mengaku…dan ibu mertua saya tidak percaya..

sekarang berlaku pergaduhan yg menuduh saya menipu dan anak saya penipu..dlm kes ini…bapa mertua saya di anggap di fitnah..

dia hantar msg pada saya juga menukar cerita dan tidak mengaku..saya sudah takut nak balik ke rumah mertua…

Anak saya perempuan ada 2..lelaki juga 2
saya tanya anak perempuan saya berapa kali insiden ini berlaku..banyak kali.. dlm 3 kali..

×××××××××××××××
Kisah ini baru sebentar diluahkan kepada saya. Saya amat terkejut dan sedih apa yang berlaku. Bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak dan cucu. Tapi hari ini menjadi haruan.

Apa yang boleh saya nasihati dan berikan pandangan ialah.

1. Hukum

Dalam islam dari segi usul fiqh, jika sesuatu yang kita buat (walaupun baik) tapi jika mendatangkan mudharat yang buruk maka wajar kita berhati2 dan tinggalkan.

Perkara ini perlu di beritahu dan bincang dengan suami.

2. Perlu buat perbincangan round table dengan bapa mertua, ibu mertua, puan dan suami. Sementara itu buat rekod suara sebagai bukti pengakuan. Bincang meja bulat cari kata sefahaman. wajib bertentang muka, wajib suami ada.

3. Ini amat perit, tapi kene buat. Kita dah ada undang2. Akta pun dah wujud. Buat report polis. Sebagai langkah awal walaupun perjalanannya akan makan masa. Anak anak puan, mak puan dan sesiapa mangsa boleh jadi saksi. Buat *REPORT ITU PENTING*

Pelaku tiada saksi, sedangkan akak dah ramai saksi bukti. Kita bukan nak aniaya, tapi nak tegakkan kebenaran.

4. Perlu ckp telus dengan suami apa yg berlaku. Setiap hari. Apa yg berlaku pada akak pun akak ckp pada suami

5. Perlu cakap dan bagi tahu pada anak. Selepas ni jika berlaku lagi terus adu pada akak. Ajar anak anak 3 perkara ni bila berlaku

A. Yell ( jerit)
B. Tell ( adu)
C Run ( lari)

Bila anak di perbuat sebegitu atau nak di apa2 suruh dia jerit sekuat hati…ajar dia adu dan lari.

Saya faham perasaan akak, diri akak….pun di perbuat gtu. Trauma akak hnya akak yg ngerti. Namun saya tahu apa yang akak hadapi.

Akhir sekali…jangan putus asa berdoa kak…..

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography

Pornografi bermula dari LEKAnya Ibu bapa

Rentetan peristiwa seorang murid seawal usia 8 tahun dah pandai menonton video Blue a.k.a Pornografi. Gurunya berjaya mendapat pengakuan dari murid tersebut.

Bukan itu sahaja, guru tersebut meminta pelajar berkenaan menceritakan bagaimana dia membuka laman web yang di layari. Terkejut guru tersebut, hanya menaip ROMEN dalam youtube, murid tersebut boleh menonton pelbagai adegan porno.

2017-08-16 11.49.48.png

Dengan kerisauan yang tinggi, guru tersebut terus mengadu pada ibu murid tadi. Malangnya aduan tadi dilayan dengan kemarahan si ibu. Si ibu tidak percaya yang anakbya berkelakuan jelek seperti itu.

Menurut kata ibu murid, anaknya baik dan selalu pantau penggunaan telefon bimbit si anak. Akhirnya guru tadi tidak mampu buat apa2 kerana ibunya tidak percaya pada guru.

KESAN
======

1. Si anak akan merasakan perbuatannya tidak bersalah, kerana si anak telah di back up oleh ibunya. Maka ada kemungkinan si anak akan meneruskan tontonan video Pornografi.

2. Si anak akan terus melayari video2 pornografi. Dari se ringan ringan ( soft porn) ke yang paling berat ( hard porn).Ketagihan sejak kecil akan berlaku

3. Si anak tidak akan mendengar nasihat orang lain walaupun nasihat itu berguna utknya.

Dalam hal ini, amat membahayakan keoada tumbesaran otak kanak kanak. Kanak kanak yang telah terdedah dengan unsur PORNOGRAFI akan mengalami ‘ tapisan’ otak yang mudah bocor. Maksudnya otak individu ini akan mudah lemah dan cepat lupa.

Selain itu kanak kanak akan menganggap seks ini suatu keseronokan sekiranya tiada siapa mencegah dan menasihatinya.

LANGKAH LANGKAH
=================

Apakah langkah langkah yang boleh di ambil ?

1. Ibu bapa perlu mempunyai sedikit sangkaan buruk atau sangsi kepada anak. Demi menjaga keselamatan anak dari sudut mental dan emosi.

2. Ibu bapa hendaklah mengambil berat setiap aduan dari pelbagai pihak terhadap anaknya terutama dari pihak sekolah. Kerana di sekolah anak anak lebih dibawah pengawasan guru guru.

3. Ibu bapa janganlah menidakkan setiap kesalahan anak anak. Hukum mereka dengan cara hikmah dan bertujuan mengajar agar anak anak faham itu satu kesalahan.

4. Ibu bapa wajib menguruskan pengurusan gadget yang digunakan oleh anak anak. Jangan tahu beri sahaja.

Smartphone memang ‘smart’ tetapi ada ketika ibu ayah dan pengguna tidak smart. Disebabkan nak jaga hati anak maka semuanya diberi tanpa mengambil kira natijah yang akan di hadapi oleh si anak.

Goodbye Pornography menyarankan agar ibu bapa sedar akan isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Usah pandang enteng dan remeh.

Anda yakin keluarga anda selamat dari PORN ?

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography

Seawal Sekolah rendah Menonton Video Lucah : Kita BUTA atau mereka yang BUTA ?

Apa lagi mahu diperkatakan, seawal umur 8 tahun video lucah (pornografi) menjadi santapan minda. Saya pelik dan hairan dari mana mereka dapat pendedahan.

Generasi awal kanak kanak hari ini bukan seperti dahulu. Yang tahu apa itu konda kondi, galah panjang dan batu seremban atau apa apa permainan yang mewujudkan kebersamaan.

Mak ayah hari ini tahu memberi sahaja gadget tapi pengawalan dan pengawasan sangat mendukacitakan. Tambahan liputan internet hari ini unlimited, membuat seawal kanak kanak mudah melayari apa sahaja mereka rasakan seronok.

2017-08-14 09.58.04.png

Tambahan lagi sekolah membenarkan membawa peranti. Kenyataan dari Kementerian membuatkan tambahnya kerisauan ini. Persoalannya, adakah generasi kita sudah cukup persediaan kesedarannya ? Ibu ayah generasi sekarang adakah sudah tahu dan cakna apa yang berlaku ?

Rogol, liwat, cabul, raba dan seks bebas hari ini telah berleluasa di sekolah. Paling sedih bila telah berlaku masalah sosial baru nak cari ceramah kesedaran, program sahsiah dan sebagainya.

Tidak seperti akademik, sebelum pelajar gagal dalam pelajaran disediakan program akademik, teknik dan strategi belajar berfasa fasa. Bukan itu sahaja, pihak sekolah sanggup mencari dana beribu ribu demi memastikan anak anak murid sekolah berjaya dengan cemerlang. Tahu pula sebelum gagal buat persediaan.

Ini semua DOUBLE STANDARD !

Bila program2 kesedaran seperti ini amat susah nak dapat sokongan. Dana, identiti penyampai, akidah penyampai semua nak diselidik. Dalam masa yang sama sekolah sekolah berkenaan dah dapat beberapa orang ‘cucu’.

Pornografi bukan sesuatu biasa biasa. Ianya mampu merosakkan minda anak anak. Bukan anak anak tapi rakyat Malaysia.

Marilah kita berganding bahu membanteras masalah ini bersama. Guru guru, pihak kementerian, barisan PIBG ayuh kita jalankan gerak gempur ini demi menyelamatkan anak anak kita.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
0137001920

#malaysiansagainstpornography
#goodbyepornography

WARTAWAN & GOODBYE PORNOGRAPHY BERGANDINGAN.

Semalam merupakan seperti Malaysia dihempas dengan seketul batu yang besar. Hancur nilai murni yang telah lama tertanam dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Lafaz rukun negara kesopanan dan kesusilaan seolah olah hanya titipan di tepi bibir sahaja tanpa ada penghayatan yang terkesan di dalam diri manusia yang sempurna kejadiannya.

Dimana silapnya masih tidak mampu dicari. Ketika mana sepatutnya seorang ayah melindungi seorang anak walau seekor nyamuk menggigitnya. Tetapi lain pula kisahnya. Bagai haruan memakan anak. Harapkan pegar, pegar makan padi.

Kejadian seorang ayah didakwa atas 600 pertuduhan jenayah seksual terhadap anaknya adalah sesuatu tidak masuk akal. Darah daging sendiri di rogol dan diliwat bagai nafsu seekor binatang yang kelaparan. Hakikatnya inilah keruntuhan moral yang kian membarah dalam jiwa insani.

Mereka yang membuat liputan seperti wartawan amat terkejut dengan kes ini. Sehingga ada segelintir wartawan menyatakan tidak pernah lagi sepanjang bekerja sebagai wartawan kes ini berlaku. Benarlah, Malaysia diambang kehancuran akhlak.

Screenshot_2017-08-10-19-10-59.png

MOTHERS AGAINST PORNOGRAPHY

Hari ini Mothers Against Pornography telah tampil dengan gerakan yang laju. Menyebarkan mesej tentang bahayanya gejala pedofilia, seks bebas dan jenayah seksual yang lain. Mesej mesej kesedaran ini tidak lain tidak bukan untuk memandu masyarakat Malaysia agar terus dapat meneruskan kehidupan yang harmoni.

Salah satu modul dalam Mothers Against Pornography adalah Goodbye Pornography. Goodbye Pornography dirangka khas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya unsur unsur pornografi atau lucah ini.

Kejadian kejadian seperti rogol, liwat, zina dan pedofilia merupakan salah satu kesan daripada pengaruh ketagihan unsur pornografi. Jelaslah pornografi bukan biasa biasa tetapi ianya berbisa andai tidak dibinasakan segera.

GOODBYE PORNOGRAPHY

Antara isi kandungan Modul Goodbye Pornography adalah memahami mental mereka yang ketagihan unsur pornografi, tahapnketagihan pornografi dan langkah langkah pemuliharaan. Modul ini memberi pendedahan kepada pendengar agar mereka dapat mengubah cara hidup mereka dan berhati hati dalam setiap tingkah.

Setakat ini, Modul Goodbye Pornography telah bersama sama dengan pelajar pelajar sekolah, mahasiswa IPT dan para ibu bapa. Objektifnya tidak lain dan tidak bukan untuk membuka mata dan langkah langkah berhati hati agar virus pornografi ini dapat ditangkis dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Sudah tiba masanya wartawan bersama sama kami menghebahkan kepada masyarakat bahawasanya Mothers Against Pornography sehingga hari ini komited membantu masyarakat Malaysia dalam menangkis wabak yang semakin berleluasa ini.

HARAPAN

Dengan kerjasama pihak wartawan dalam menghebahkan mesej ini terutama Modul GOODBYE PORNOGRAPHY kepada masyarakat saya yakin semua rakyat Malaysia dari peringkat atasan hingga bawahan dapat berganding bahu dalam mencetuskan kesedaran ini.

Ayuh media massa, pihak wartawan kita berganding bahu. Kuasa media sangat kuat dalam menyeru kebaikan ini. Jangan buang masa lagi. Mari bersama kami. Bantu kami. Anda hebahkan kami sampaikan. Anda iklankan kami suarakan.

Semoga dengan langkah ini rakyat Malaysia akan sedar akan keburukan PORNOGRAFI.

Ayuh membina jiwa MANUSIAWI dalam diri manusia.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

0137001920

3 CARA UTAMA IBU AYAH MENDIDIK ANAK DARI GEJALA PORNO

Pornografi semakin hari semakin bermaharajalela dikalangan masyarakat Malaysia. Masih lagi memandang enteng terhadap virus pornografi ini. Hal ini kerana, kita tidak mengerti dan mengenal siapakah musuh kita.

Jika kita mahu memerangi musuh, maka wajar kita mengenali musuh. Setiap musuh pasti ada kelemahan. Tetapi hari ini, kita kehairanan kerana ramai di antara kita memuliakan musuh ini.

Pornografi ialah bahan atau unsur unsur yang terdiri daripada tulisan, gambar, visual realiti, dan video yang boleh meransangkan seksual seseorang. Hari ini unsur pornografi terlalu mudah untuk didapati.

Pornografi mampu merosakkan setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda dan apa jua status dari golongan profesional hingga ke agamawan. Penyakit mental ini juga ada pada ahli keluarga terdekat. Jika tidak dibendung maka haruan akan makan anaknya.

Terbaru, kita dikejutkan seorang kanak kanak 7 tahun telah didakwa merogol kanak kanak tadika. Persoalannya dari mana pemangsa ini belajar tentang rogol ini ? Tidak lain tidak bukan mereka terpengaruh dengan unsur pornografi sejak kecil lagi.

Perlu diketahui, kanak kanak seawal 2 hingga 12 tahun mudah terpengaruh melalui visual. Apa sahaja yang mereka nampak, maka proses peniruan akan berlaku. Proses membezakan baik atau buruk belum berlaku. Tetapi kanak kanak ini meniru dek kerana ingin merasai apa yang mereka lihat.

Oleh itu, pada umur ini, ibu ayah masih sempat mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan mereka. Akan tetapi dari segi visual anak anak, ibu bapa perlu didik dan sedarkan akan mereka agar mereka menjaga penglihatan. Paling utama ibu ayah perlu menjaga tingkah di rumah, kerana anak anak lebih banyak masa bersama anak di rumah.

Sehubungan dengan itu, terdapat 3 langkah utama yang boleh diambil bagi mengekang pengaruh pornografi melekat di mental kanak kanak.

Ibu ayah : Elak bermesra di hadapan anak.

Menjadi suatu kebiasaan, ibu ayah perlukan masa masa bersama. Kemesraan ibu ayah semestinya di rumah demi mengeratkan kasih sayang. Namun jangan pula memperlihatkan kemesraan itu di hadapan anak anak.

Kemesraan itu bermaksud bergurau senda, bercium dan berpelukan sesama suami isteri. Benar, anak kecil seawal umur 2 atau 5 tahun tidak mengerti apa apa. Akan tetapi ingatan mereka sangat kuat. Apa yang mereka lihat, akan disimpan dan suatu masa mereka akan zahirkan bila bila masa. Tidak kira dengan adik kandung atau rakan rakan.

maksud-mimpi-ibu-bapa-e1491013456770

Ini satu kesan yang buruk. Anak anak tidak mengerti bahawa perbuatan itu salah kerana telah melihat ibu ayah sendiri lakukan. Mereka andaikan, apabila ibu ayah buat semuanya benar. Maka ibu ayah, elakkan bermesra di hadapan anak anak.

Ibu ayah : Jangan dedahkan Aurat di hadapan anak.

Walaupun mereka anak anak kita, aurat ibu ayah dan anak anak tetap ada batasan. Sebagai ibu ayah usah memperlihatkan aurat anda di hadapan anak anak anda.

 

Telah menjadi kebiasaan, seorang bapa dengan sewenang wenangnya memakai sehelai tuala mandi sahaja tanpa berbaju di hadapan anak. Kemudian bapa tadi berehat di ruang tamu atau sambil bermain dengan anak anak.

Bayangkan seawal umur seorang kanak kanak telah melihat aurat seorang lelaki. Kesannya, apabila mereka meningkat usia, mereka merasakan berpakaian sebegitu tiada salahnya.

Jika anak perempuan, maka mereka tiada lagi perasaan segan silu terhadap kawan kawan lelaki begitu juga dengan anak lelaki. Maka perbualan harian mereka, gurauan sesama mereka pasti suatu hari akan memperkatakan tentang fizikal badan.

Daripada bercerita tentang fizikal badan secara lisan, mereka akan pergi ke suatu level dalam bentuk visual dan seterusnya akan merebak ke peringkat realiti iaitu ingin membanding bezakan bentuk badan seseorang dengan seseorang.

Ibu ayah : Kawal media sosial dan media massa.

Hari ini majoriti ibu ayah membekalkan telefon bimbit kepada anak anak. Dengan harapan anak anak ini dapat dikawal tingkahnya.

Seawal umur 2 tahun, seorang kanak kanak mampu mengenali icon youtube. Mengapa ini boleh berlaku ? Kerana ibu ayah kerap membuka video video kartun pada anak anak. Sehingga satu peringkat, anak kecil tadi boleh buka apps tadi dengan sendirinya.

Pada awal pengenalan video pada anak anak sememangnya perkara perkara yang bermanfaat seperti didi & friends, omar & hana dan pelbagai lagi yang bermanfaat.

Tetapi lama kelamaan kanak kanak tadi telah bijak untuk mencari selain dari itu. Janji mereka mendapat keseronokan. Tambahan lagi, youtube mempunyai iklan iklan pendek, yang mana kadang kala iklan iklan itu berunsurkan seks. Bayangkan ketika itu tanpa pengawalan ibu ayah, si anak tadi menonton tanpa ada rasa bersalah.

Hari ini, kebanyakan syatikat telco telah menawarkan pelbagai pakej internet. Ada sehingga unlimited kelajuan penggunaannya. Ini mendorong lagi anak anak kita yang giat membesar menerokai dunia maya tanpa sempadan.

Pengaruh televisyen pula tidak perlu diperkatakan. Ada segelintir ibu bapa hanya pandai memasang pelbagai channel tv. Dari barat hingga ke timur. Semuanya lengkap.

Tetapi, ibu bapa hari ini terlepas pandang hendak memberi kesedaran apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ditonton. Ini kerana ibu ayah pun sudah tiada KESEDARAN ! Dek kerana hanya nak mencari rezeki sahaja. Janji anak anak seronok. Maka berlakulah penyimpanan maklumat dengan apa mereka lihat dan dengar tanpa kawalan.

Harapan.

Sebagai ibu bapa, kita wajib cakna akan isu isu mengenai pengaruh Pornografi ini. Pornografi hadir dalam keadaan yang tenang. Virus ini meresap tanpa memberi apa apa kesan secara zahir.

Dengan 3 langkah ini, apa yang diharapkan ialah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik diri sendiri sebagai ibu ayah, agar pelakuan kita tidak di tiru oleh anak anak kecil.

Ayuh sedarlah dan didiklah anak anak kita sesuai dengan zamannya.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY 

0137001920

PORNO di mana mana : Bagaimana kita nak didik DIRI KITA ?

Jumaat lalu window shopping dengan anak dan isteri dan satu Mall. Seperti biasa, bukanlah niat untuk membeli belah, tetapi lebih nak kebersamaan bersama anak dan isteri. Melihat telatah masyarakat dan dunia kini.

Sampai di Mall, kereta mendapat kotak parking berhampiran dengan lift. Ada dua lift. Sedang saya nak ke lift sebelah kiri tiba tiba isteri tarik tangan saya.

IKLAN 1 : PINTU LIFT

“Abg ! Sini….!…dosa tu ” kata isteri.

“Dah…dia tunjuk” seloroh ku.

Aku akui, perkara itu salah pada diri yang membuat kempen Goodbye Pornography. Dan menjadi kesalahan pada setiap manusia yang ada jiwa manusiawi. Gambar atau iklan yang meransang jiwa dan nafsu. Semua ini perlukan KESEDARAN kendiri.

photo_2017-07-30_10-43-16

 

Namun terfikir, andai kanak kanak atau remaja yang lihat gambar seperti itu, apa perasaan mereka ? Apa yang mereka fikir dan imaginasikan ? Adakah mereka SEDAR yang mereka lihat itu salah ?

Jika tidak kanak kanak yang melihat, andai yang melihat itu mereka yang dewasa, berkopiah atau berusia. Adakah kita yakin mereka tiada perasaan ransangan dalam jiwa ? Ini semua berbalik kepada KESEDARAN seorang manusia.

MY PEN IS HUGE
Kami sekeluarga teruskan window shopping dalam mall. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Kegemaran saya masuk ke kedai baju baju hipster dan santai. Isteri pula suka bahagian baby.

Saya masuk satu kedai baju. Melihat pakaian marvel. Jika ada SUPERMAN memang aku nak angkat satu, kata hati ku. Mata saya melilau mencari baju superhero ku.

Tiba tiba terbaca tulisan pada sehelai baju
MY PENIS  HUGE @ MY PEN IS HUGE. Aku tak tahu mana satu yang benar dari segi tulisan. Namun jika baca kali pertama itulah yang kelihatan PENIS.

photo_2017-07-30_10-46-55

Ahli Psikologi mengatakan bila kita asyik menghabiskan masa dengan porn, apa sahaja yang kita lihat otak akan kaitkan dengan porn. Yup saya akui, bidang saya ni memang terdedah dengan perkara perkara seperti ini.

Tapi apa yang saya nak katakan ialah, mengapa baju baju seperti ini tidak mendapat pantauan dari mereka yang berwajib. Saya kurang pasti ada atau tidak akta yang melarang segala cetakan yang berbaur lucah. Masyarakat hari ini menganggap perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Oleh kerana itu tiada rasa bersalah apabila mereka memandang dan melihatnya.

APA LANGKAH KITA ?

Semua ini berkisarkan KESEDARAN. Kita memang tiada kuasa untuk merampas atau mengambil tindakan ke atas apa yang kita lihat. Tetapi kita boleh mendidik jiwa dan diri agar mem’block’kan hati dan otak dari memikirkan perkara perkara seperti ini. Antara langkah langkah yang boleh kita ambil ialah

  • SEDAR dan tahu segala berunsurkan SEKS @ LUCAH itu adalah salah. Maka melihatnya juga turut salah
  • SEDAR bahawa agama melarang kita melihat segala yang berunsurkan LUCAH. Tiada di dalam mana mana agama merestui atau meredhai penganutnya melihat perkara perakara yang berunsurkan SEKS @ LUCAH
  • SEDAR dan alihkan pandangan
  • SEDAR akan kesan buruk kepada sistem otak pada jangka masa yang panjang.

KESEDARAN inilah yang cuba diterapkan dan sampaikan dalan GOODBYE PORNOGRAPHY. Memahami ciri ciri mental ketagihan Pornography dan tahap ketagihan pornography, seseorang itu mampu membina dinding pelindung secara kendiri terhadap segala bahan unsur lucah yang mereka hadapi. Ini semua berbalik kepada nilai KESEDARAN.

Modul Goodbye Pornography cuba membantu mereka yang bermasalah dalam virus pornography membina ketahanan jiwa dan mental dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Ketagihan pornography bermula dari pandangan pertama yang tiada SEDAR. Maka ayuh bina KESEDARAN.