SECEBIS KEMAAFAN DARI PENDIDIK.

Tulisan ini untuk peringatan calon calon peperiksaan 2019 tidak kira UPSR, PMR, SPM, STPM & MAHASISWA. Sebagai seorang pendidik saya ingin ingatkan awal awal.

5 tahun punya kesalahan, 2 minit sahaja mohon maaf. Itu pun masuk-masuk jumpa cikgu dengan muka seposen sambil gelak gelak “Cikgu, kami datang nak minta maaf”. Mudahnya.

Memang guru ini adalah manusia yang tiada subsidi. Bermula mengajar sehinggalah meningkatkan kemahiran diri semuanya duit poket sendiri. Lebih parah marker pen dalam kelas pun guna duit cikgu !

Inikan pula secebis kemaafan ? Benar, orang yang memaafkan adalah satu kemuliaan. Namun kalian sebagai pelajar cuba fikirkan selama berada di sekolah dan dalam kelas apakah kalian menjaga hati kami ?

Buku yang disuruh bawa kalian tinggalkan, kerja rumah yang diminta buat beribu alasan kalian berikan. Ada ketika, kalian mencebik bibir, mengejek dan mengata malah mengumpat kami sebagai guru.

Guru guru tetap mengajar kalian dengan hati terbuka. Kami endahkan apa yang telah kalian lakukan kepada kami. Kerana kami tahu tugasan kami mendidik kalian.

Apabila peperiksaan hampir tiba, seperti satu adat di sekolah sekolah, ramai ramai pergi jumpa cikgu yang mengajar kalian. Tujuannya konon untuk minta maaf. Tapi kalian lupa sepanjang belajar kesalahan kesalahan yang dilakukan bagai celah gigi sahaja. Di pandang mudah.

Mengapa nak peperiksaan sahaja baru nak minta halal ilmu dan mohon maaf? 2019 kita tukar adat ini. Setiap kali tamat sahaja kelas mana mana subjek. Salam dan mohon maaf kepada guru tersebut dan mohon halal ilmu.

Kami guru-guru tak minta duit atau material dari kalian. Kami hanya kalian hormati ilmu yang kami berikan. Kalian hormat dengan ilmu secara tidak langsung kalian hormat kami.

Kami guri guru tidak diminta takut pada kami. Kami minta anda pelajar pelajar hormat pada kami. Dan sebenarnya kami guru guru tiadaa pernah terlintas mendoakan yang buruk buruk kepada kalian dan kesalahan kalian kami maafkan.

Cuma, kami guru guru perlukan keikhlasan dan kejujuran kalian dalam memohon kemaafan.

Nilai kemaafan sangat tinggi. Tiada di jual di mana mana. Secebis kemaafan dari guru guru memberi impak yang besar dalam kehidupan anda sebagai manusia.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
#sayagurusekolahrendah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s