PROGRAM GADGET: URUS & SELESAI

IMG_20180312_000913_495

Anda Ibu bapa ?
Anda Guru Guru ?
Anda Masyarakat yang prihatin ?

Anda wajib hadir dan daftarkan diri di *SEMINAR IBU BAPA BIJAK, ANAK CEMERLANG*

MENGAPA WAJIB ?
================
Ini kerana Isu Video lucah atau segala perkara berkaitan *PORNOGRAFI* menjadi musuh dalam selimut.

Hal ini menyerang kepada semua lapisan masyarakat dan lebih bahaya musuh ini berada dalam Rumah kita

Antara yang di serang jika kita tidak sedar ;

👦🏻👩🏻Kanak-kanak
👩🏻‍🎤Remaja
👨🏻👱🏻‍♀Dewasa
👨🏻‍🏫👨🏻‍🎓Golongan Profesional
👨‍👩‍👧‍👦Ibu bapa
🧕🏻👳‍♂Ustaz / Imam / Golongan agamawan

👉🏼Perkara ini perlukan Pencerahan & Kesedaran kepada semua peringkat terutama Golongan Ibu bapa dan Guru Guru.

😎Mengapa perlu tersadung baru nak terngadah ?

😎Apa guna jika nasi sudah menjadi Bubur ?

AYUH, terus hubungi saya di talian

📞 *0127599832 / 0177568765* (talian / whats app) bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran.

Demi menyelamatkan keluarga kita dari bahana *PORNOGRAFI*

APAKAH MANFAAT PROGRAM INI ?
====================
Dalam slot ini saya akan dedahkan pencerahan dan kesedaran beberapa isu antaranya.

*📚Pedofilia / Pornography*

*📚6 stage sex Grooming*

*📚Apps yang terkini adakah POSITIF atau NEGATIF utk kita dan keluarga*

*📚Langkah-langkah pencegahan*

Jom kita bersama berganding bahu dalam menyedarkan dan mencerahkan ahli keluarga kita.

SITI FATIMAH MD SALLEH
PENYELARAS PROGRAM

*sebarkan tularkan*

Melepaskan Masyarakat daripada masalah Pornografi

Cerita 1
××××××

Sepanjang minggu ni terdapat 2 mesej mengenai masalah jenayah seksual dan pornografi diceritakan kepada saya. Setiap kali sharing ini berlaku pasti saya akan meminta kebenaran pada pengadu untuk berkongsi di fb saya.

Saya juga akan kongsikan pada ahli keluarga setiap tulisan yang saya coretkan agar dapat berhati hati dan memberi input kesedaran atas isu yang semakin parah ini.

Tiba tiba ! Emak saya balas di whats app

” tiap tiap hari cerita jenayah seksual rogol rogol rogol, nanti orang panggil awak ustaz citer rogol batu tahu ”

Saya hanya jawab.

” x pe mak, ini semua adalah story untuk berikan kesedaran pada masyarakat. Kalo kempen rokok boleh gila gila promosi, kenapa tidak isu porno dan jenayah seksual ini ? ”

Cerita 2
×××××××

Hari ini saya ke Pejabat Qadhi Daerah. Saya berurusan dengan seorang ustazah. Lantas ustazah itu bertanya,

” ustaz, bagaimana program kesedaran ustaz ? Modul ini sesuai dengan audience dan apa isi kandungannya ? ”

Saya jawab..

” baik, program Goodbye Pornography berjalan dengan lancar. Sebenarnya modul ini sesuai utk semua peringkat umur dan kandungannya berkisar mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang isu virus Pornografi dan kesannya ”

” Wah, bagus ni ! Jarang tajuk tajuk ini ada. Sesuai untuk budak sekolah dan semua lapisan. Sekarang pun masalah ini semakin berleluasa ” kata ustazah tu

Sampuk saya…

” masalah pornografi banyak berlaku di sekolah2 agama dan mereka yang berstatus ustaz dan imam ”

Terkedu sebentar ustazah tersebut.

Inilah saya, bersama Modul Goodbye Pornography tidak lain tidak bukan ingin memberi kesedaran atas isu yang sedang hangat diperkatakan.

Ada di antara audience saya ialah seorang penagih video lucah, pelaku sumbang mahram, pelaku zina dll. Kebanyakkan mereka ingin keluar dari relung kotor ini. Tetapi tidak tahu dan jumpa jalannya.

Goodbye Pornography memberi pendedahan adakah diri sendiri telah ada ciri ciri ketagihan . Pendedahan yang diberi sedikit sebanyak untuk kesedaran pada masyarakat. Selepas fasa ini pembaikan dan pemulihan pula akan membantu mereka yang ketagih

Inilah saya, mengeluarkan seseorang yang ketagih ke satu alam yang bersih, realiti dan bertuhan. Teringat saya pada satu hadis riwayat Muslim, no 38;

“Sesiapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan kiamat. Sesiapa yang mempermudah bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudah baginya di dunia dan di akhirat”

Atas kerana ini, saya maklum masalah pornografi sememangnya merantai pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Namun ayuh kita berganding bahu.

Maka saya bersedia, ke mana mana sekolah, agensi dan ipt bagi menceritakan kesedaran kalangan masyarakat.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
0137001920

#goodbyepornography
#malaysiansagainstpornography