BAHANA CHILD PORNOGRAPHY

Malaysia berada tangga teratas dikalangan negara ASIA TENGGARA dalam ‘online child pornography’.

‘Speechless’

Adakah kita diperalatkan dan di fitnah oleh sesuatu kumpulan ? Jawapannya tidak. Perkara ini berpunca dari diri kita .

Punca dari kita ?
Benar child pornography berlaku kerana diri kita sebagai individu, mak ayah, guru guru dan masyarakat yang pandang enteng ke atas masalah ini.

Akhirnya, kanak kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kerana kerakusan seks individu yang memuncak mereka menyetankan diri dan mencari mangsa. Maka muncullah pemangsa yang disebut Pedofil

Mengapa berlakunya child pornography ?

Kecenderungan dan tarikan seseorang kepada bahan lucah yang keterlaluan. Bermula dari ingin tahu atau mahu hilangkan stress akhirnya kepuasa nafsu seks yang dicari dan disalah gunakan.

Ketagihan ‘Child Pornography’ boleh berlaku dikalangan ahli keluarga terdekat. Ada diantara ayah abang atok atau pakcik saudara mencari mangsa di dalam rumah sahaja. Keinginan seks terhadap kanak-kanak menyebabkan mereka mencari video dan bahan lucah berunsurkan kanak-kanak.

Keterlibatan Pencarian ‘child pornography’ bukan dari golongan rendah intelektual sahaja. Masalah ini berlaku juga dikalangan mahasiswa, berkerjaya dan yang dihormati seperti guru, ustaz dan imam.

Hakikatnya ketagihan pornografi ini tidak memilih bulu. Sesiapa yang cenderung dan asyik dengan nikmatnya, pasti akan terperangkap dalam relung pornografi dan sukar untuk keluar.

IMG-20180131-WA0001

Kesan ‘child pornography’

Child Pornography merupakan pencarian bahan porno yang dilakukan terhadap wanita. Bahan ini boleh jadi dalam bentuk penulisan, video atau gambar.

Baru baru ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penulisan berunsurkan seks. Penulisan ini juga melibatkan watak kanak kanak. Pada awalnya plot penceritaannya tentang penderaan kanak kanak. Tetapi di tengah tengah penulisan, penceritaan seksnya di ceritakan dengan begitu detail. Dan paling teruk, watak utamanya adalah kanak kanak di bawah umur.

Terkini, kita telah dikejutkan dengan pembongkaran satu group sosial yang dibina oleh individu luar negara, manakala ahli ahli group sosial tersebut terdiri dari masyarakat Malaysia. Group ini menyediakan video kanak kanak.

Hakikatnya, mereka yang ketagihan child pornography ini sudah mempunyai komunuti di alam maya. Mereka saling bertukar tukar vide dan gambar kanak kanak yang bogel, seksi pakaiannya dan sebagainya demi kepuasan nafsu.

Pembongkaran ini telah dilakukan oleh beberapa individu di Malaysia sehingga media sosial seperti Facebook mereka digodam dan hilang tanpa amaran.

Child Pornography akhinya akan melahirkan Pedofilia. Pedofilia adalah mereka yang mempunyai ransangan seks terhadap kanak kanak. Peringkat ini, setelah ketagihan yang melampau telah ada dalam diri, maka mereka akan mencari mangsa di sekeliling mereka.

Nasihat saya kepada ibu ayah diluar sana. Lindungilah anak anak anda. Usahlah kerap bergambar dan selfie dengan anak anak anda kecuali anak anak itu menutup aurat yang telah diajar oleh Allah dalam Quran.

Ayuh bersama kita bergabnding bahu tidak mengira apa kerjaya anda. Kita berganding bahu bersama sama demi melindungi anak anak kita dari terus menjadi mangsa makhluk durjana.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER
MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
MODUL GADGET : URUS @ SELESAI
AKTIVIS Malaysians Against Pornography

3 LANGKAH ASAS IBU BAPA MENGAJAR ANAK PENDIDIKAN SEKS

Ramai ibu bapa hari ini menganggap perbualan mengenai pendidikan seksual bersama sama anak merupakan satu pendekatan yang janggal. Malah ada ibu bapa hanya membiarkan si anak mendapat pendedahan di sekolah sahaja.

 

Benar, di sekolah seawal usia 6 tahun di pra sekolah sehingga 12 tahun mereka telah diajar mengenai pendidikan seksual. Contoh, di tahun 5 anak anak anda telah belajar apa itu zakar, apa itu faraj.

 

image (1)

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah belajar keratan rentas zakar dan faraj. Kepentingan menjaganya turut di dedahkan. Setelah itu mereka akan belajar apa itu hubungan seks. Di sinilah penerapan dari sudut agama dan moral di tekankan.

 

Maka, beberapa langkah ini saya cadangkan kepada ibu ayah agar diambil dengan serius agar anak anak ini mendapat pendedahan dari anda sendiri. Bukan dari pencarian di internet atau bersama kawan kawan.

 

1. Ambil tahu

Ibu bapa hendaklah mengambil tahu apa yang dipelajari oleh anak anak di sekolah. Terutama diperingkat sekolah rendah. Subjek yang dekat dengan pendidikan seks ini ialah pendidikan kesihatan.

 

Selaklah buku teks pendidikan kesihatan anak anak dan terangkan dengan jelas sehinggalah mereka faham. Mengikut aras kefahaman dan pemikiran mereka.

 

2. Fahamkan

Bukan sahaja anak anak kita perlu memahami apa yang dipelajari. Ibu bapa turut perlu faham apa yang anak anak pelajari di sekolah. Bagaimana ingin memahaminya ? Bertanyalah dengan anak apa yang mereka pelajari.

 

Selain anak anak, rajin rajinkanlah ibu ayah bertanya pada guru guru. Apa yang telah anak anak ini belajar. Dapatkan ‘feedback’ dari guru guru. Feedback ini berkaitan dengan anak kita sewaktu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

 

Setelah mendapat kunci kefahaman, maka ibu ayah dapat melakukan pengasahan dan pencerahan di rumah pula. Ibu bapa juga perlu banyak membaca atau menghadiri seminar atau talk yang membicarakan isu pendidikan seks kanak kanak.

 

3. Berani berbual.

Bagaimana cara untuk dapatkan pengetahuan sedia ada anak anak ? Untuk ibu bapa cara paling mudah adalah bertanya secara lisan dan santai. Dengan pertanyaan ini ibu ayah akan dapat respon.

 

Jika anak anak anda lambat menjawab atau respon maka itulah kelemahan mereka. Kelemahan itulah yang perlu diperkuatkan. Dari mana untuk kita perkemaskan kelemahan pengetahuan anak anak kita ? Tidak lain dan tidak bukan melalui langkah kedua tadi.

 

Saya merayu dan sarankan ibu bapa jangan malu atau janggal dalam berbual isu seksul dengan anak anak. Jika anda malu dan ada benteng dengan anak anak anda. Secara tidak langsung membuka ruang kepada anak untuk mencari sendiri.

 

Ketiga tiga langkah ini adalah langkah asas dalam mengajar dan mendidik anak anak dalam pendidikan seks. Sekiranya ibu ayah sendiri tidak bualkannya jangan salahkan anak jika ssuatu hari terdapat perkara diluar jangkaan yang akan berlaku.

 

Ketika itu, anda telah terlewat. Buangkan perasaan malu. Usah rasa taboo.

 

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

0137001920

 

#goodbyepornography

IBU BAPA ALPA, ANAK CELAKA, GURU JADI MANGSA

Ini merupakan surat terbuka khas untuk ibu bapa diluar sana. Khusus kepada ibu bapa yang menghantar anak anak mereka ke sekolah untuk di didik oleh kami yang bernama Guru.

Rentetan isu cikgu Azizan yang telah dihukum oleh ibu bapa kerana menjalankan tugasan sebagai manusia biasa dan guru yang mendidik.

Kami guru guru adalah manusia, tidak lari dengan emosi. Tapi jangan asyik menunding jari kepada guru sahaja. Ibu bapa wajib cermin muka kalian juga.

Ini sebuah warkah untuk IBU BAPA yang ada anak anak di sekolah

Wahai ibu bapa,
Sedarlah, didikan awal dari rumah. Baik buruk mereka di sekolah semuanya berasal dari rumah kalian. Kalian yang mencorakkan menjadi YAHUDI atau NASRANI.

Wahai ibu bapa,
Sekolah bukan tempat untuk transit. Ketika kalian pergi mencari rezeki dan bekerja. Sekolah bukan tempat kalian melepaskan beban sementara. Kami guru guru bukan penjaga anak anak kalian.

Wahai ibu bapa,
Sedarlah kami guru guru mendidik anak kalian. Ada ketika didikan kami ini merupakan amanah yang kalian sendiri tidak lakukan dan tidak buat di rumah. Maka kami yang memenuhi ruang itu.

Wahai ibu bapa,
Perangai anak kalian cerminan kalian di rumah. Kalian berkata kasar, anak kalian turut kasar dengan kami. Kalian kurang ajar dengan kami percayalah suatu hari nanti anak kalian akan celakakan kalian.

Wahai ibu bapa,
Kami guru bukan sekadar mengajar. Kami mendidik dan mengajar sepenuh jiwa. Agar anak kalian boleh membaca, mengira dan mengeja. Sedangkan kalian ada di antara hanya pandai cari makan penuhkan perut mereka. Bukankah sama seperti bela lembu sahaja ?

Wahai ibu bapa,
Tahukah di sekolah anak kalian tiada adabnya ? Tahukah kalian anak anak ini sudah menonton video lucah. Sehingga ada yang pandai praktikkannya. Walaupun baru darjah tiga ? Tahukah kalian anak kalian ada yang merokok dan hisap gam dan dadah ? Ini semua yang kami hadap dan bantu agar mereka tidak tersilap langkah

Wahai ibu bapa,
Ketika anak kalian tersalah langkah. Kami tegur seperti anak anak kami juga. Kadang ketika kami hilang sabar dan emosi. Terlepas rotan dan denda. Tiada niat lain selain mengajar agar tidak bertingkah CELAKA.

Wahai ibu bapa,
Kami guru guru tidak minta pangkat, harta dan pujian semata. Cukup sekadar ungkapan terima kasih dan hormat sahaja.

Cukup
Cukup
Cukup

Kalian ibu bapa hargai kami dengan terima kasih dan doa

 

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

GURU PENDIDIKAN ISLAM

TIP TIP menasihati pasangan (suami / isteri ) ketagihan PORNOGRAPHY.

Ada segelintir individu menyatakan tiada salah apabila pasangan suami atau isteri / suami dan isteri menonton PORNOGRAPHY. Mereka menyatakan apa salahnya jika pasangan yang halal menikmati tayangan tersebut.

Hakikatnya, PORNOGRAPHY adalah salah satu punca kerosakan hubungan sesuatu rumah tangga. Penderaan dan kezaliman akan berlaku kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Untuk pengetahuan, saya akan kongsikan kepada anda 3 bahagian menangani masalah ketagihan PORNOGRAPHY yang dihadapi oleh suami atau isteri anda. Setiap bahagian terdapat beberapa langkah yang mudah untuk diaplikasikan dalam rumah tangga kita.

Mula dari malam ini saya akan kongsikan kepada anda langkah atau cara menangi masalah ini dalam rumah tangga. So, apa yang perlu anda lakukan sebagai tanda support saya adalah SHARE, TULAR dan LIKE setiap status ini.

Moga moga memberii manfaat kepada semua masyarakat atau pasangan suami isteri dii luar sana.

Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah Anda adalah melalui komunikasi terbuka dan jujur kepada pasangan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
————————————————————————–
Bahagian 1 : Berbicara Jujur dengan Suami / Isteri Anda
————————————————————————–
Tuliskan poin-poin utama Anda. Mungkin, baru-baru ini anda telah mendapat tahu bahawa suami / isteri melihat pornografi.

Atau,

mungkin masalah ini sudah berlangsung lama dalam hubungan kalian.

Caranya,

Mulai dengan meluahkan perasaan anda dengan jujur kepada pasangan. Bersedia untuk mengadakan perbincangan terbuka berkaitan masalah ini.

Situasi atau suasana yang amat sesuai adalah ketika dalam keadaan tenang. Contoh, selepas solat berjemaah, ketika minum pagi atau petang ataupun pada saat di atas kamar

++++++++++++++
Langkah pertama 
++++++++++++++

Niat : perbetulkan niat kita sebagai pasangan yang ingin menegur pasangan kita. tujuan kita menegur adalah untuk mencari jalan keluar dan mewujudkan hubungan yang harmoni.

Tiada mana mana pasanganyang ingin bercerai berai. So, perbetulkan niat agar dapat menguruskan masalah ini dengan baik

++++++++++++
Langkah Kedua
++++++++++++

Meluahkan perasaan anda. Berbincang bersama pasangan mengapa kenapa anda tidak menyukai suami / isteri melihat pornografi.

Pilih kata-kata yang menjelaskan perasaan Anda. Luahkan kata-kata dengan emosi “kecewa”, “khawatir”, atau “gugup”.
sebaiknya anda ‘listkan’ setiap perkara yang ingin anda katakan kepada pasangan. Cara ini akan membantu anda melancarkan perbincangan dengan penuh harmoni.
.
.
.
Setakat itu sahaja untuk malam ini.
Jangan lupa SHARE, TULAR & LIKE status tips ini. Semoga ada manfaatnya

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920

BAGAIMANA ANAK KITA, SUAMI DAN ISTERI ? ADAKAH TERJEBAK DENGAN PORNOGRAFI ?

Seorang rakan saya berikan screen shot ini kepada saya. Bagaimana FB menyediakan ruang kepada anak anak kita atau mungkin kita sendiri terjebak dalam dunia seks / PORNOGRAFI.

25074766_10155996565259588_1214772686976258017_o

Hanya klik sahaja pada link biru. Terus anda akan masuk dalam group whats app mereka. Mudahkan ?

Mudahnya kini. Mencari hanya di hujung jari sahaja. Adakah pernah kita semak atau buat siasatan ke atas smartphone anak anak kita, suami atau isteri kita ?

Hal ini yang selalu saya perkatakan. Tajuk GADGET : URUS @ SELESAI saya dedahkan bagaimana liciknya anak anak kita, suami atau isteri dalam mengguna smartphone ke arah jalan penuh hitam ini.

Namun mak ayah ada yang menganggap hal ini biasa dan ada taboo dalam isu ini. Mereka merasakan benda ni tiada apa apa. Cukup sekadar anak anak mereka dalam rumah dan bilik. Sangkaan mereka ‘ anak aku baik ‘ .

Tak terlepas juga guru guru. Para pendidik Merasakan tajuk Goodbye Pornography atau bahaya anasir ini tiada kepentingan. Ada menyatakan anasir ini tanggung jawab ibu ayah di rumah. Guru guru juga perlu didedahkan dengan anasir PORNOGRAPHY dalam slot GADGET : URUS @ SELESAI.

Pendek kata PIBG dan GURU GURU hendaklah berganding bahu dalam menangkis dan mencegah bersama atas isu ini. Murid murid dan ibu bapa dari pra sekolah hingga ke menengah wajib menyedarnya dengan pencerahan ke atas isu isu ini.

Peringkat tertinggi di Universiti dan Kolej juga perlu diperluaskan dan disedarkan. Mahasiswa hari ini semakin bebas memilih hiburan. Mereka anggap PORNOGRAPHY suatu kerosakan sehinggakan ketagihan berlaku.

Ketagihan Pornography juga boleh dalam rumah tangga. Bakal suami isteri perlu disedarkan dalam kursus kursus Pra Perkahwinan. Oleh kerana itu wabak bahaya PORNOGRAPHY perlu diterangkan dalam kursus perkahwinan.

Jelas di sini, perihal screen shot dibawah bukan berlaku pada budak sekolah dan mahasiswa sahaja. Tetapi berlaku dalam rumah tangga individu. Baik suami atau isteri.

Apa tunggu lagi ? Say GOODBYE PORNOGRAPHY

Pornography meragut Cinta Kita

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920

5 Matlamat Iluminati ; Hapuskan sistem kekeluargaan

5 Matlamat Iluminati

1. Hapuskan semua agama / kepercayaan

2. Hapuskan sistem kekeluargaan

3. Mengubah senario politik dunia.

4. Menghuru harakan politik, sosial & ekonomi

5. Menyediakan Dajjal sebagai pemerintah.

Fokus pada nombor 2.

Saya sebenarnya kurang menyelidiki ilmu Iluminati. Tetapi bila melihat semula barang kali ada perkaitan.

Bagaimana strategi mereka ingin memusnahkan manusia. Mereka musnahkan bukan dari sudut peperangan material. Tetapi mereka perang dari segi pemikiran dan cara fikir.

Pornografi atau menjadikan wanita sebagai simbol seks sebagai salah satu jalan yang sangat berkesan dalam memusnahkan manusia. Hal ini telah berlaku dari zaman kafir Quraisy lagi.

Berlalunya zaman hingga hari wanita masih dijadikan bahan sebagai simbol seks. Malah bukan sahaja wanita, lelaki juga terpalit dengan masalah ini. LGBT salah satu contoh.

Kuncinya adalah SEKS. Maka bahannya yg utama adalah wanita. Cuba kita lihat kembali beberapa kisah yang telah berlaku.

1. Kisah nabi Allah Yusuf digoda oleh wanita

2. Kisah Rasulullah diberi tawaran berbentuk wanita untuk berhentikan dakwahnya

3. Kisah bagaimana umat nabi Luth.

Kini, lebih hebat. Pornografi. Porno bermaksud porne atau PELACUR. Grafi memberi maksud tulisan atau perkara yang di zahirkan dalam bentuk Visual.

Pornografi menjurus kepada SEKS. Dalam kata yang lain perkara ini bermatlamat untuk meruntuhkan institusi kemanusiaan dan kekeluargaan. Yang akhirnya menolak segala batasan dan perundangan yang telah di tetapkan Allah.

Pornografi hadir dalam pelbagai bentuk. Filem, lagu (audio), penulisan, patung dan apps dalam peranti.

Terkini remaja dan masyarakat muslim terutamanya di trend kan dengan drama2 Korea dan lagu lagu K Pop.

Jika dalam drama Korea berbentuk percintaan dizahirkan segala adegan dalam bentuk mukadimah seks (cium dan peluk yang memberi ransangan).

Jika dalam muzik nya pula rata rata yang meminati tidak tahu pun maksud lagu apa intipatinya. Malah video2 nya mempunyai aksi aksi yang seksi menjurus kepada syahwat.

Saya tidak menolak hiburan. Tetapi saya menolak dan memerangi segala anasir Pornografi yang boleh menghancurkan manusia dan sistem kekeluargaan.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY

0137001920

mohdfadhliikrammsia

E BOOK PORNOGRAPHY : KLIMAKS YANG BINASA

low-resolution1

Perangi segala unsur PORNOGRAFI baik VISUAL, AUDIO atau PENULISAN. Maka sekiranya anda jumpa di Fb atau di mana sila buat laporan ke SKMM atau Report SPAM pada FB sehingga page mereka Musnah.

Ebook ini adalah ringkasan maklumat tentang PORNOGRAFI.

Apakah maklumat yang anda boleh perolehi ?

1. APA ITU PORNOGRAFI
2. MENTALITI MEREKA YANG KETAGIH PORNOGRAFI
3. LANGKAH MEMULIHKANNYA.

Tujuan saya menulis E book ini ialah ;

  1. Menjelaskan dengan anda apa itu PORNOGRAPHY
  2. Berkongsi dengan anda mentaliti individu yang mengalami ketagihan PORNOGRAPHY
  3. Menerangkan secara ringkas langkah langkah yang boleh di ambil untuk memulihkan diri daripada PORNOGRAPHY

Siapa sepatutnya memiliki E BOOK PORNOGRAPHY : KLIMAKS YANG BINASA

  • Suami & Isteri
  • Ibu Bapa
  • Guru Guru
  • Pelajar
  • Mahasiswa
  • Penagih Bahan Pornography

Semoga kehadiran E BOOK ini dapat membantu anda dalam mengetahui dan merawat masalah kecanduan PORNOGRAPHY yang semakin teruk dan meluas.

Ayuh, selamatkan diri, keluarga dan masyarakat

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY

Sila klik link ini untuk DOWNLOAD E BOOK PORNOGRAPHY : KLIMAKS YANG BINASA

E BOOK PORNOGRAPHY klimaks yang binasa

AGAMAWAN PUN TERJEBAK DENGAN PENGARUH PORNOGRAFI

Ini isu luar biasa. Jenayah seksual bukan sahaja berlaku pada orang biasa biasa. Tetapi berlaku pada mereka yang di anggap ‘alim’. Ustaz ustazah, paderi atau mana mana ketua agama turut terpalit.

Hari ini isu wabak pornografi dan jenayah seksual semakin menjadi jadi. Sekolah dan institusi pendidikan tinggi menjadi lubuk berkembangnya masalah ini. Majoriti puncanya adalah dari kelonggaran institusi kekeluargaan.
22828977_10155874862439588_1771785380299073312_o
Namun, menjadi kebimbangan turut terpalit pemangsa terdiri dari golongan agamawan. Golongan agamawan sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat anutan sesuatu agama. Tetapi tidak, mereka bagaikan Haruan makan anak.

Sex oral, sex luar tabii, rogol dan bersekedudukan semua ini salah satu punca dari pengaruh wabak pornografi. Pornografi merupakan masalah dalaman yang berkaitan dengan keinginan.

Ada di antara agamawan mempunyai pasangan hidup yang cantik dan ada rupa paras. Tetapi pelik mengapa ada segelintir masih menyimpan bahan bahan pornografi atau lebih teruk mempunyai hubungan terlarang di luar pengetahuan pasangan.

Jelas di sini masalah mental yang akhirnya menjerat nafsu syahwat menarik semua golongan manusia ke lembah yang jahanam ini.
Sebagai masyarakat awam, kesedaran pencerahan perlu diperkasakan. Sekolah sekolah dan rumah ibadah perlu melaksanakan program berbentuk bual santai untuk memberitahu masyarakat terutamanya ibu bapa agar sedar apa yang berlaku.

Hari ini MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY laju kehadapan bersama beberapa badan badan korporat menjalinkan hubungan untuk membasmi masalah ini.

Modul Goodbye Pornography turut mengambil peluang memberi pencerahan kepada pelajar pelajar dan ibu bapa khususnya masyarakat umumnya demi menjaga institusi masyarakat dan kekeluargaan.

Saya yakin jika sekolah, Ipt rumah ibadah seperti Masjid, Gereja dan lain lain mengambil peranan ini, kita dapat menyelamatkan generasi kini dari terjerumus ke dalam lembah kemusnahan ini.

Tiada satu agama dan bangsa merela atau meredha anak anak mereka atau anutan mereka membiarkan diri dalam kancah salah laku seks. Semoga kita dapat berganding bahu membasmi masalah ini tidak kira agama dan bangsa.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920

JANDA SANGAP

Malam ni charger Laptop rosak. Alhamdulillah smartphone masih berfungsi. Ok la, hari ni saya nak kongsikan tentang Facebook.

Daripada Fb kita boleh dapat banyak manfaat dan boleh dapat banyak kecelakaan. Fb ni umpama harta yang sangat bernilai. Bila bijak mengguna maka kebaikan akan menjelma begitulah sebaliknya.

Ok, mungkin ramai lagi yang tak tahu atau buat buat tahu isu seks grooming dan unsur Pornografi yang begitu mudah untuk di dapati.

Awal awalnya memang saya sangat takut untuk tulis mengenai ini. Saya takut ada budak budak atau bapak / mak budak yang akan tiru atau cari. Tujuan saya share ini utk sampaikan maklumat yang mungkin mak atau ayah atau guru di luar sana tak tahu.

Tahu tak anda di Fb terdapat page atau group yang hanya satu klik kita boleh join group whatsapp mereka ? Yeahhhh…jawapannya boleh.

Contoh, saya pernah cuba tulis JANDA SANGAP. Maka akan keluarlah page dan group JANDA SANGAP. Kandungannya memang 100% lucah. Ada yang perlu permission dan ada yang tidak perlu.

Di setiap page tersebut di sediakan link whats app. Hanya satu klik kita akan terus join group mereka. Bayangkan jika anak anak kita klik dan senyap2 join group JANDA SANGAP atau dll.

So, apa yang mak ayah dan guru guru boleh lakukan ? Jom saya kongsikan secara ringkas.

1. Mak ayah sila semak phone anak anak. Mak ayah kene pandai explore segala mcm apps dalam smartphone anak2.

2. Mak ayah perlu tahu anak anak berkawan dengan siapa. Jika dia ramai kawan perlu tahu apa yg mereka lakukan selalu. Jika anak suka sendirian semak apa yang mereka hadapkan

3. Zaman sekarang mak ayah dah ada fb. So, mak ayah tolong hargai anak anak dengan memaparkan gambar selfi bersama anak anak dalam Fb anda. Anak anak akan rasa besar hati dan merasakan mereka di dampingi.

Setakat 3 ini sahaja perkongsian saya. Moga ada manfaat. In sya allah saya akan berkongsi lagi di lain masa.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
AKTIVIS MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY
0137001920